6x berturut-turut pasukan dari Barcileno memenangi Piala Hang Tuah menewaskan 3 pasukan dari negara Afriqui,Induya dan Mangolia.Dengan semangat kerjasama pasukan sebenarnya membina satu pasukan yang gagah dan sukar dirempuh oleh pasukan lawan.Ketua pasukan dari Barcileno sering mengingatkan ahli-ahlinya untuk mengikatkan ukhuwah diantara mereka dan juga pasukan lawan,diterapkan juga bersalaman dan pohon kemaafan selepas perlawanan berakhir menandakan setiap yang berlaku di medan perlawanan tidak dibawa ke luar dan tidak berterusan.Namun pada tahun 1010,salah seorang dari penyerang pasukan Induya tidak endah dengan salam yang dihulurkan menyebabkan pasukan Barcileno terpinga-pinga mencari sebab apakah salah mereka,adakah penyerang tersebut masih tidak berpuas hati kerana pasukan Barcileno sememangnya kuat dan sukar dikalahkan? Ini kerana penyerang tersebut dari muda hinggalah ke tua masih tidak dapat mengalahkan pasukan Barcileno walaupun telah membuat team baru yang mana dikalangan mereka ‘gagah perkasa’.
Sungguh menyayat hati,
Nak bawa sampai ke mati? 😉
Tak ubah seperti budak yang telah ‘disekeh’ kepalanya lalu lari menjelirkan lidahnya tanda tidak puas hati.
Sepatutnya pasukan dari Barcileno yang membuat rungutan tanda tidak puas hati kerana dalam perlawanan Piala Hang Tuah,tidak dibenarkan mengimport para pemain walaupun dari ‘kerajaan langit’ dan juga membuat rungutan tentang pengadil cabuk yang dikutip dari hulu Induya yang mana hanya faham ‘bahasa’ mereka sahaja..Tetapi pasukan Barcileno hanya diamkan diri dan hanya terima apa sahaja cabaran yang terpaksa dilanda..
Akhirnya kemenangan tetap berpihak kepada pasukan Barcileno juga..Terima sahajalah kekalahan dengan hati yang terbuka,jangan digadai ukhuwah dengan permainan duniawi neh!!
Tahniah Barcileno!!!